Thursday, January 24, 2013

Perkhemahan BIG DPLI Ambilan Disember 2011

Pangkor Village Beach Resort menjadi saksi bagi program Perkhemahan Bina Insan Guru (BIG) yang telah diadakan pada 21 hingga 23 Januari 2013. Seramai 51 orang pelajar DPLI Ambilan Disember 2011 termasuk 8 orang pensyarah daripada Unit Kokurikulum IPG KBA telah menyertai perkhemahan ini. Program dimulakan dengan perhimpunan yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG KBA.

Tuesday, January 15, 2013

Kursus Scuba Diving
Unit Kokurikulum telah merancang kursus scuba diving untuk pensyarah, staf dan pelajar IPG KBA pada tahun 2013. Sila beri perhatian maklumat ini. 
 

Ekstra Kokurikulum

Scuba Diving

Kepada mana-mana pelajar yang ingin menyertai Scuba Diving sila hubungi 
En.Baharudin bin Hassan.

Monday, January 14, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Salam Sejahtera... semoga di tahun baru ini, kita bersama-sama menjayakan program yang telah dirancang.

Tuesday, January 1, 2013

Kursus Asas Kejurulatihan dan Kepegawaian Kriket

Kursus yang melibatkan keseluruhan pelajar DPLI Ambilan Disember 2011 ini telah diadakan di IPG KBA selama 3 hari bermula 7-9 November 2012. Kursus ini diadakan bagi mendedahkan pelajar kepada kemahiran dan kejurulatihan dalam permainan kriket yang kurang mendapat sambutan di dalam negara. Oleh itu, bakal guru ini telah diberikan tunjuk ajar oleh En. Kalishwaran yang mempunyai kemahiran dalam bidang kriket ini bagi menaikkan nama sukan kriket di peringkat sekolah.




Saturday, October 6, 2012

Forum Bicara Guru

Forum Bicara Guru telah diadakan pada 6 Oktober 2012 bertempat di Dewan Kuliah A IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Program forum selama 2 jam bermula jam 8 pagi ini diadakan bertujuan untuk membina jati diri yang kukuh dan kesukarelaan dalam diri setiap bakal guru sebagai wahana guru di masa hadapan.





Perlawanan Bola Baling Peringkat IPG KBA

Pada 3 Oktober 2012 yang lepas bertempat di padang IPG KBA, telah berlangsung perlawanan bola baling antara kelas yang dianjurkan oleh kumpulan DPLI A ambilan Disember 2011. Perlawanan sengit antara kumpulan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. PISMP Cohort 5 telah merangkul juara bagi kategori lelaki manakala DPLI B ambilan Disember 2011 pula dinobatkan sebagai juara bagi kategori perempuan.